Monday, December 22, 2008

Kisah suka duka dan ketabahan

4/12/2008

Petang - Kami semua ke Kuantan Airport jemput kepulangan suami/abah pulang dari Yanbu.
Malam - makan malam di Restoran Thai di Balok (murah rezeki sbb ada orang murah hati nak belanja kami makan malam tu - staf ETL)

5/12/2008
9.00 am - kami breakfast dulu pas tu kami anak-beranak berendam kat swimming pool. Enjoy budak2 tu sbb dah lama tak dapat masuk pool.
11.30 am- Sampai masa kami packing and ready to check-out. Dah bayar bill semua...aku pun jalan angkat 2 beg untuk load dlm kereta. Nasib tak baik aku jatuh tangga....aduh...sakitnya kaki. Tak boleh bangun untuk beberapa minit.

11.50 am- Kami terus ke KSH.
12.30 am- Masuk bilik Dr Siti Noor sbb nak follow up Huda's condition for allergies. Tak lama tu kena panggil masuk pula jumpa Dr Zainuddin.

12.45 am- Dr Zainuddin suruh buat X-Ray kaki & jumpa dia selepas solat Jumaat.

1.00 pm- Lepas buat X-ray kami makan tengahari. Tak lama tu faris pun tertidur atas pangkuanku.

2.30 pm- Tunggu Dr Zainuddin, abg pergi kereta nak cari passport. Tak lama kemudian jumpa doktor dan lihat X-ray. Dr terangkan yang tulang kakiku telah patah, ada gap dan ada serpihan. Kena buat operation, masukkan besi/skru untuk betulkan semula.
Kecut perut mendengarnya, tanya doktor tak ada cara lain ke?
Doktor nak operate malam tu tapi memandangkan aku baru sudah makan, buat esok pagi saja.

3.00 pm- Doktor panggil suamiku masuk ke biliknya dan terangkan keadaan sebenar.

3.30 pm- Masuk ke wad. Check darah pun naik 160/90.

6/12/2008

9.00 am- krew operation datang ke wad. Aku tak sedia lagi nak minta ke tandas sekejap.

9.20 am- Masuk ops theatre. Dr pakar bius tu marah2 sbb delay. Staf terpaksa terangkan patient minta PU (pass urine).

9.30 am- Nurse tu mula cucuk tangan kiri aku. Alamak jarum bengkok pulak, cari urant lain pulak baru masuk. Lepas tu dr pakar bius kasi aku oxigen mask tak sampai seminit aku pengsan.

11.30 am- Aku dimasukkan ke wad semula (kata nurse).

7/12/2008

7.00 pm - Aku dah boleh keluar dari hospital. Kami terus kan perjalanan balik kampung untuk hari Raya Haji esoknya.

8.00 pm - Tiba di R&R Gambang makan. Aku makan dlm kereta aje dgn Faris.

9.00 pm - Masa tu hujan lebat, aku nak ke tandas, Huda temankan. Lepas tu abg ambil kereta tukar tempat parking dekat depan tandas. Tiba2 Husna keluar kereta, engine on, kereta terkunci dari dalam.

Terpaksa panggil MTD Prime ronda tolong bukakan pintu. Nak jadikan cerita...jari suamiku pula tersekat. Faris menangis sampai termuntah2 dlm jip MTD tu. Macam2 dugaan.

10.00 pm - Lepas semua settle, anak2 dah tukar baju, kami teruskan perjalanan pulang. Tiba kat Sg Besar jam 2.00 pagi.