Welcome back to my blog! Also welcoming ourselves back in Yanbu, KSA.
Agak dah lama juga tak update blog ni. Bukan sbb asyik layan FB tapi sbb dah pindah ke rumah lain awal November. Nak pasang internet masa tu kami nak balik Msia pulak cuti raya haji sebulan. Rasa rugi pulak nak bayar tapi tak guna masa kami cuti. So dah balik sini baru register internet.
Rumah baru kami ni kat Camp 4 (Al-Marjan). Kalau dulu area Camp ni merupakan penempatan tentera2 Amerika. Kat sini dekat dgn Istana, sekolah YIS. Ada bagusnya dekat dgn sekolah ni. Hari tu Huda demam; nurse call suruh pick up dia supaya dia rest kat rumah. So jalan kaki aje gi sekolah ambil dia. Tapi sedihnya tak ade jiran orang Malaysia dan terpisah dgn jiran kami di Ain Al Nawa (keluarga Hj Razak).
Rumah dari luar - no rumah 4330
Pintu pagar rumah
Pintu masuk ke rumah, kat luar ade laman untuk anak2 main
Ade tempat nak buat barbeque dan kolam ikan. Bila la nak bersihkan kolam ikan ni, nak bela ikan ape ye?
Entrance nak ke ruang makan/santai TV di sebelah kiri. Pintu belah kanan tu sebenarnya toilet. Kat sebelah toilet ada pintu masuk ke ruang tamu.
Ni ofis utama; kalau tak berasap ade pulak yang kebulur...
Ni kedai dobi kami; so sesiapa nak hantar baju2, toto ke untuk dicuci boleh la; harga boleh dirunding.
Ni ruang tamu tapi jarang guna sbb tak ade tetamu datang...
Wednesday, December 30, 2009
Sunday, October 18, 2009
Suatu malam di Masjidil Haram
Alhamdulillah kami berkesempatan untuk ke Mekah lagi pada malam Jumaat (28 Syawal 1431H). Kali ini kami dapat melakukan tawaf sunat satu keluarga memandangkan semua masih belum mengantuk dan kaabah pun tidak sesak. Lepas tawaf pun masih boleh bawa anak2 melihat Maqam Ibrahim dari dekat. Cuma tak bawa mereka kucup Hajar Aswad lagi.
Tujuan utama datang ke Mekah kali ni untuk mengambil air zam zam untuk dibawa pulang ke tanahair nanti. Jadi kami memilih lokasi hotel yg berdekatan dgn tempat mengambil air zam zam. Kali ni di Hotel Fairooz, selesa sekali sebilik 5 katil pada harga SR200.
Anak2 paling suka makan ais krim di sini, memang sedap dan kedai ais krim memang banyak. Tiap kali pulang dari masjid, pasti singgah beli.

Tuesday, September 29, 2009
Hobi kereta lagi
Pasal dah minat sangat dengan kereta, kali ni abah belikan satu biar dapat main dalam rumah. Hari tu dah belikan motor polis (basikal kayuh roda 3 je) untuk Faris, tapi dah patah 2. Kali ni beli kereta polis pulak. Harap2 kali ni tak patah la. Tengok la tu...kakak2nya pun suka nak main kereta Faris.
Sunday, September 27, 2009
Hobi kereta
Nampaknya anak2 ni dah terikut-ikut hobi abahnya, semuanya minat kereta. Tengokla tu kat shopping mall pun nak naik kereta. Husna dan Faris ni selalu berebut kereta, termasuklah model kereta.
Di AlNoor Mall Madinah
Di Roshan Mall Jeddah
Posing kat kereta, biar tak jalan pun...
Abah bawa Faris main sementara tunggu mama & kakak solat
Leka mereka main kereta, boleh la mama window shopping jap
Faris suka explore tapi silap2 sampai rosak dibuatnya
Seronok sangat main sampai ajak balik pun tak nak

Monday, September 21, 2009
Hari Raya
Ucapan Selamat Hari Raya buat semua muslimin muslimat walau di mana anda berada.
Ramadhan telah berakhir, Sayawal pun tiba. Malam raya di Yanbu sunyi sepi tak ade orang bertakbir macam di Malaysia. Rasa macam tak percaya bila suamiku pergi 2 masjid lengang tak ade orang masa waktu Isyak. Akhirnya dia balik solat kat rumah. Lepas tu kami satu family pergi shopping kat Panda Hypermarket.
Esok paginya begitu juga tak dengar suara takbir raya. Sepanjang hari aku dan Faris habiskan masa di rumah saja sebab suamiku bekerja. Huda & Husna ikut Hj Ghaz beraya dari rumah ke rumah. Dah lewat petang baru kami berkunjung ke rumah Hj Zuraili dan malamnya ke rumah Hj Ghaz. Pulangnya kami dari rumah Hj Ghaz; Fuad, Yan & anaknya pula berkunjung ke rumah kami.
Rakan2 yg berkesempatan beraya di Yanbu telah menghidupkan suasana beraya seperti di Malaysia. Ziarah menziarahi, nampak meriah dan seronok terutamanya anak2. Kami terlepas peluang bersama mereka kali ni. Tak pe... kalau ade kesempatan beraya di Yanbu lagi harap2 dapat join sekali.

Wednesday, September 9, 2009
Pertemuan di Madinah
Juadah berbuka
Ni nak tunjuk beberapa juadah kami berbuka di sini.
Kena kreatif sikit nak buat kuih sbb bahan tak mencukupi. Yang ni kuih koci, memandangkan tak ade daun pisang nak bungkus - buat bulat2 aje, nak ceria buat warna warni.
Yang ni pulak kepala ikan kerapu merah masak masam manis. Orang Arab tak makan kepala ikan. Aku pun tak berapa suka kepala ikan. Tapi dah beli seeker kena masak la juga.
Kalau kita bermusafir, dalam perjalanan pasti ade pek makanan percuma diedarkan di check point, miqat dan lain2 tempat. Dalam pek tu ade la air kotak, kurma, yoghurt, halawa, mufin atau roti,dll.

Monday, August 24, 2009
Al-Haram
Buat tatapan Muslimin Muslimat yang sentiasa merindukan Kaabah yang menjadi qiblat umat Islam dan bumi Makkah al-Mukarramah yang aman.
Bumi Yanbu
Buat tatapan ahli keluarga & rakan2 di Malaysia. Yanbu bermakna matair. Ejaan dalam bahasa Arab Ya-Nun-Ba-Ain. Ada yang sebut Yunba', Yanbu'. Yanbu al-Bahr (bermakna laut) juga dikenali sebagai Balad (merupakan kawasan penempatan lama). Di sana terdapat pelabuhan. Jemaah haji dari Mesir yang ke Mekah menaiki kapal akan tiba di sini dan bermiqat di Juhfah. Airport juga terletak di sini, tapi cuma untuk domestic flight aje. Untuk International flight kena melalui Jeddah atau Riyadh.
Yanbu al-Sinaiyah (bermakna kawasan industri). Merupakan kawasan penempatan baru yang lebih tersusun. Kawasan perumahan di sini juga dikenali sebagai Royal Commission (RC).
Pizza Hut in Arabic spell as Bizza Hut
Salah satu bank Samba Bank
Salah satu mercu tanda di balad, ikan dalam bakul
Pemandangan tepi pantai, kelihatan satu kapal besar
Dewan orang ramai, biasanya majlis perkahwinan akan dibuat disini
Kawasan industri petrochemical
Antaranya Yansab, Yanpet, Ibn Rushd, Aramco
Lagi pemandangan kawasan industri di padang pasir
Sunset at Yanbu al-Sinaiyah

Sunday, August 23, 2009
Tarikh, angka dan perkiraan
Suratan atau kebetulan? Satu ketentuan takdir dalam diriku dan keluargaku.
Bila ku amati agka2 dan tarikh2 bersejarah dalam kehidupanku...alangkah mudah bagiku untuk mengingatinya kembali.
11 Rabiul Awal 1419 - tarikh pertunangan (sehari sebelum tarikh peristiwa kelahiran Rasul S.A.W)
11 Zulhijjah 1419 - tarikh pernikahan (29 Mac 1999)
29 May 1999 tarikh walimah di rumahku dan esoknya di rumah suamiku.
26 Rejab 1420 - tarikh kelahiran Huda (sehari sebelum tarikh peristiwa isra mi'raj)
11 Sep 2005 (8 Syaaban 1426) - tarikh abahku meniggal dunia (sama tarikh peristiwa twin tower dilanggar pesawat)
40 hari selepas arwah abah meninggal bertepatan tarikh Nuzul Quran (17 Ramadhan)
100 hari dari tarikh kematiannya, kami dalam perjalanan Haji dari Madinah ke Mekah
2 May 1996 - tarikh melapur diri bekerja di NSTP
2 May 2001 - tarikh mula bekerja di Optimal
3 Zulhijjah 1423 (5/2/2003)- tarikh kelahiran Husna (tarikh lahirku 13 Zulhijjah = 1/2/1972)
29 Safar 1427 (17/3/2007)- tarikh lahir Faris
18 May 2009 - tarikh aku hantar surat letak jawatan di Optimal (bersamaan tarikh lahir suamiku), 145 hari setelah dia pulang semula ke Yanbu pada 25 Dec 2008, dan 165 hari dari kejadian aku mengalami kecederaan kaki pada 5 Dec 2008
Itulah beberapa tarikh yang dapat ku ingati, amati dan membuat perkiraan mengenainya.
Sejarah juga berulang buat diriku dalam peristiwa Haji. Arwah abah dan mak menunaikan haji pada tahun 1975, waktu tu usiaku baru 3 tahun dan arwah abah berusia 33 tahun. Pulangnya mereka dari Mekah, kami semua anak-beranak kecuali mak, dijangkiti chicken pox.
Begitulah juga aku dijemput untuk menunaikan haji pada usia 33 tahun dan waktu tu Husna berusia 3 tahun. Sekembalinya kami dari Mekah, semua anak2 pun kena chicken pox.
Mungkinkah ada sejarah lain yang akan berulang dalam kehidupan ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dulu dan sekarang
Dalam kehidupan kita, perubahan akan berlaku. Samada yang kita pilih atau takdir yang menentukan.
Pastinya kini kami telah memilih untuk mengubah kehidupan. Kalau dulu rutin harian seminggu kami akan ke pejabat, pulang petang kini rutin harianku tertumpu di rumah mengurus rumah dan anak2. Cuma suamiku masih meneruskan rutin hariannya.
Kalau dulu (masa di Kertih) hari minggu aku berada di rumah dan suami di Padang Golf, kini semua akan menghabiskan masa bersama di rumah atau bersiar.
Dulu kami akan ke Kuantan atau ke KL untuk tujuan ke hospital atau bershopping. Kini rutin dan tujuan kami ubah ke Madinah atau Mekah. Perjalanan yang sama (Kertih-Kuantan) yang mengambil masa 2 jam, menyamai tempoh perjalanan Yanbu ke Madinah. Tempoh 4 jam Kertih-KL, kini menyamai perjalanan Yanbu ke Mekah. Akan tetapi...tujuan berubah untuk mengunjungi dan bersolat di Masjid Nabawi & Masjid Haram. Bershopping pula cuma menjadi agenda sampingan.
Bagi diriku...dalam kerjaya aku pernah berkareer di NSTP (sebuah syarikat yg telah lama bertapak di Malaysia). Kemudian aku bertukar ke Optimal (satu syarikat usahasama Petronas-UCC yang baru ditubuhkan). Sudah tentu terdapat jurang perbezaan di antara syarikat yang telah matang dengan syarikat yang baru lahir.
Kini, aku sifatkan diriku dalam masa transisi untuk mencapai impian yang masih belum kesampaian. Dalam tempoh ini, aku ingin mencari kekuatan dalaman sebelum merealisasikannya. Idolaku pastinya... Khadijah R.A. (isteri Rasulullah S.A.W) yang disifatkan sebagai jelitawan, hartawan, usahawan, dermawan.
Yang penting kita mesti selalu bersikap positif dalam menempuh setiap perubahan dalam kehidupan ini...

Saturday, August 22, 2009
Thursday, August 20, 2009
Lambaian Kaabah di bulan Syaaban
Alhamdulillah kami dijemput untuk menjadi tetamu Allah di bulan Syaaban 1430H. Huda mendapat pengalaman baru membuat Umrah buat pertama kali.
Anak2 semua merasai pengalaman bersolat di Masjidil Haram dan melihat Kaabah.

Subscribe to:
Posts (Atom)