Monday, August 24, 2009

Al-Haram

Buat tatapan Muslimin Muslimat yang sentiasa merindukan Kaabah yang menjadi qiblat umat Islam dan bumi Makkah al-Mukarramah yang aman.

Bumi Yanbu

Buat tatapan ahli keluarga & rakan2 di Malaysia. Yanbu bermakna matair. Ejaan dalam bahasa Arab Ya-Nun-Ba-Ain. Ada yang sebut Yunba', Yanbu'. Yanbu al-Bahr (bermakna laut) juga dikenali sebagai Balad (merupakan kawasan penempatan lama). Di sana terdapat pelabuhan. Jemaah haji dari Mesir yang ke Mekah menaiki kapal akan tiba di sini dan bermiqat di Juhfah. Airport juga terletak di sini, tapi cuma untuk domestic flight aje. Untuk International flight kena melalui Jeddah atau Riyadh.
Yanbu al-Sinaiyah (bermakna kawasan industri). Merupakan kawasan penempatan baru yang lebih tersusun. Kawasan perumahan di sini juga dikenali sebagai Royal Commission (RC).

Pizza Hut in Arabic spell as Bizza Hut

Salah satu bank Samba Bank

Salah satu mercu tanda di balad, ikan dalam bakul

Pemandangan tepi pantai, kelihatan satu kapal besar

Dewan orang ramai, biasanya majlis perkahwinan akan dibuat disini


Kawasan industri petrochemical

Antaranya Yansab, Yanpet, Ibn Rushd, Aramco


Lagi pemandangan kawasan industri di padang pasir

Sunset at Yanbu al-Sinaiyah

Sunday, August 23, 2009

Tarikh, angka dan perkiraan

Suratan atau kebetulan? Satu ketentuan takdir dalam diriku dan keluargaku.

Bila ku amati agka2 dan tarikh2 bersejarah dalam kehidupanku...alangkah mudah bagiku untuk mengingatinya kembali.

11 Rabiul Awal 1419 - tarikh pertunangan (sehari sebelum tarikh peristiwa kelahiran Rasul S.A.W)
11 Zulhijjah 1419 - tarikh pernikahan (29 Mac 1999)
29 May 1999 tarikh walimah di rumahku dan esoknya di rumah suamiku.
26 Rejab 1420 - tarikh kelahiran Huda (sehari sebelum tarikh peristiwa isra mi'raj)

11 Sep 2005 (8 Syaaban 1426) - tarikh abahku meniggal dunia (sama tarikh peristiwa twin tower dilanggar pesawat)
40 hari selepas arwah abah meninggal bertepatan tarikh Nuzul Quran (17 Ramadhan)
100 hari dari tarikh kematiannya, kami dalam perjalanan Haji dari Madinah ke Mekah

2 May 1996 - tarikh melapur diri bekerja di NSTP
2 May 2001 - tarikh mula bekerja di Optimal

3 Zulhijjah 1423 (5/2/2003)- tarikh kelahiran Husna (tarikh lahirku 13 Zulhijjah = 1/2/1972)
29 Safar 1427 (17/3/2007)- tarikh lahir Faris

18 May 2009 - tarikh aku hantar surat letak jawatan di Optimal (bersamaan tarikh lahir suamiku), 145 hari setelah dia pulang semula ke Yanbu pada 25 Dec 2008, dan 165 hari dari kejadian aku mengalami kecederaan kaki pada 5 Dec 2008

Itulah beberapa tarikh yang dapat ku ingati, amati dan membuat perkiraan mengenainya.
Sejarah juga berulang buat diriku dalam peristiwa Haji. Arwah abah dan mak menunaikan haji pada tahun 1975, waktu tu usiaku baru 3 tahun dan arwah abah berusia 33 tahun. Pulangnya mereka dari Mekah, kami semua anak-beranak kecuali mak, dijangkiti chicken pox.
Begitulah juga aku dijemput untuk menunaikan haji pada usia 33 tahun dan waktu tu Husna berusia 3 tahun. Sekembalinya kami dari Mekah, semua anak2 pun kena chicken pox.

Mungkinkah ada sejarah lain yang akan berulang dalam kehidupan ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dulu dan sekarang

Dalam kehidupan kita, perubahan akan berlaku. Samada yang kita pilih atau takdir yang menentukan.

Pastinya kini kami telah memilih untuk mengubah kehidupan. Kalau dulu rutin harian seminggu kami akan ke pejabat, pulang petang kini rutin harianku tertumpu di rumah mengurus rumah dan anak2. Cuma suamiku masih meneruskan rutin hariannya.

Kalau dulu (masa di Kertih) hari minggu aku berada di rumah dan suami di Padang Golf, kini semua akan menghabiskan masa bersama di rumah atau bersiar.

Dulu kami akan ke Kuantan atau ke KL untuk tujuan ke hospital atau bershopping. Kini rutin dan tujuan kami ubah ke Madinah atau Mekah. Perjalanan yang sama (Kertih-Kuantan) yang mengambil masa 2 jam, menyamai tempoh perjalanan Yanbu ke Madinah. Tempoh 4 jam Kertih-KL, kini menyamai perjalanan Yanbu ke Mekah. Akan tetapi...tujuan berubah untuk mengunjungi dan bersolat di Masjid Nabawi & Masjid Haram. Bershopping pula cuma menjadi agenda sampingan.


Bagi diriku...dalam kerjaya aku pernah berkareer di NSTP (sebuah syarikat yg telah lama bertapak di Malaysia). Kemudian aku bertukar ke Optimal (satu syarikat usahasama Petronas-UCC yang baru ditubuhkan). Sudah tentu terdapat jurang perbezaan di antara syarikat yang telah matang dengan syarikat yang baru lahir.

Kini, aku sifatkan diriku dalam masa transisi untuk mencapai impian yang masih belum kesampaian. Dalam tempoh ini, aku ingin mencari kekuatan dalaman sebelum merealisasikannya. Idolaku pastinya... Khadijah R.A. (isteri Rasulullah S.A.W) yang disifatkan sebagai jelitawan, hartawan, usahawan, dermawan.

Yang penting kita mesti selalu bersikap positif dalam menempuh setiap perubahan dalam kehidupan ini...

Thursday, August 20, 2009

Lambaian Kaabah di bulan Syaaban

Alhamdulillah kami dijemput untuk menjadi tetamu Allah di bulan Syaaban 1430H. Huda mendapat pengalaman baru membuat Umrah buat pertama kali.
Anak2 semua merasai pengalaman bersolat di Masjidil Haram dan melihat Kaabah.

Menghubung tali persaudaraan

Ni gambar bersama anak2 abang Mahmood (sepupu kepada abang iparku) sewaktu kami mengunjungi mereka pada 31 Julai di Al-Hansa Maabdah, Makkah. Walaupun berbeza bahasa mereka masih dapat bermain bersama.
Bila agaknya Najah, Iman, Jihan & Samir nak ke mari jumpa saudara mara di sini?

Husna, Huda, Anfal

Yang baju merah namanya Yumna, sepupu Anfal & Afnan

Yumna, Afnan & Anfal tengok Huda main gameboy