Tuesday, September 29, 2009

Hobi kereta lagi

Pasal dah minat sangat dengan kereta, kali ni abah belikan satu biar dapat main dalam rumah. Hari tu dah belikan motor polis (basikal kayuh roda 3 je) untuk Faris, tapi dah patah 2. Kali ni beli kereta polis pulak. Harap2 kali ni tak patah la. Tengok la tu...kakak2nya pun suka nak main kereta Faris.





Sunday, September 27, 2009

Hobi kereta

Nampaknya anak2 ni dah terikut-ikut hobi abahnya, semuanya minat kereta. Tengokla tu kat shopping mall pun nak naik kereta. Husna dan Faris ni selalu berebut kereta, termasuklah model kereta.

Di AlNoor Mall Madinah

Di Roshan Mall Jeddah

Posing kat kereta, biar tak jalan pun...

Abah bawa Faris main sementara tunggu mama & kakak solat

Leka mereka main kereta, boleh la mama window shopping jap

Faris suka explore tapi silap2 sampai rosak dibuatnya

Seronok sangat main sampai ajak balik pun tak nak

Monday, September 21, 2009

Hari Raya

Ucapan Selamat Hari Raya buat semua muslimin muslimat walau di mana anda berada.

Ramadhan telah berakhir, Sayawal pun tiba. Malam raya di Yanbu sunyi sepi tak ade orang bertakbir macam di Malaysia. Rasa macam tak percaya bila suamiku pergi 2 masjid lengang tak ade orang masa waktu Isyak. Akhirnya dia balik solat kat rumah. Lepas tu kami satu family pergi shopping kat Panda Hypermarket.

Esok paginya begitu juga tak dengar suara takbir raya. Sepanjang hari aku dan Faris habiskan masa di rumah saja sebab suamiku bekerja. Huda & Husna ikut Hj Ghaz beraya dari rumah ke rumah. Dah lewat petang baru kami berkunjung ke rumah Hj Zuraili dan malamnya ke rumah Hj Ghaz. Pulangnya kami dari rumah Hj Ghaz; Fuad, Yan & anaknya pula berkunjung ke rumah kami.

Rakan2 yg berkesempatan beraya di Yanbu telah menghidupkan suasana beraya seperti di Malaysia. Ziarah menziarahi, nampak meriah dan seronok terutamanya anak2. Kami terlepas peluang bersama mereka kali ni. Tak pe... kalau ade kesempatan beraya di Yanbu lagi harap2 dapat join sekali.

Wednesday, September 9, 2009

Pertemuan di Madinah

Awal Ramadhan sepupuku Abg Mustafa, isterinya K Wana dan mak saudaraku (kakak mak) datang ke sini mengerjakan Umrah & ziarah. Kami berkesempatan bertemu mereka di Madinah. Kami menginap di hotel yg sama di Dallah Taibah.
Terima kasih kerana tolong bawakan barangan kiriman dari Malaysia.


Juadah berbuka

Ni nak tunjuk beberapa juadah kami berbuka di sini.

Kena kreatif sikit nak buat kuih sbb bahan tak mencukupi. Yang ni kuih koci, memandangkan tak ade daun pisang nak bungkus - buat bulat2 aje, nak ceria buat warna warni.

Yang ni pulak kepala ikan kerapu merah masak masam manis. Orang Arab tak makan kepala ikan. Aku pun tak berapa suka kepala ikan. Tapi dah beli seeker kena masak la juga.

Kalau kita bermusafir, dalam perjalanan pasti ade pek makanan percuma diedarkan di check point, miqat dan lain2 tempat. Dalam pek tu ade la air kotak, kurma, yoghurt, halawa, mufin atau roti,dll.