Sebagai umat Islam kita kena tahu perkara ni.
Meluat bila aku dengar rakan2 menyebut "excuse me" setiap kali lepas bersin. Dah..kalau sebut tu, kita nak jawab ape? Perkara ni pernah ditekankan oleh ustazahku semasa aku di SMSS Cheras KL. Dia memang pantang betul bila dengar anak muridnya yang muslim sebut perkataan tu.
Kenapa la kita ni mudah sangat nak adapt perkara2 yang tak diajarkan dalam Islam. Seingat aku pun menyebut "Alhamdulillah" selepas bersin memang diajarkan oleh emak dan abah dari kecil lagi. Cuma bila dah masuk alam persekolahan aje aku dengar ada orang sebut excuse me.
Dulu masa anak sulung aku (Huda)sekolah tadika, satu hari aku terdengar dia sebut excuse me selepas dia bersin. Aku kena betulkan semula dan terangkan padanya kita orang Islam bila bersin kena sebut Alhamdulillah. Excuse me tu ucapan untuk orang yang bukan Islam. Biasalah budak2 mesti dia tanya kita balik kenapa. Kena terangkan betul2 sebenarnya itulah yang diajarkan kepada kita. Sejarah ucapan ini ada dalam posting sebelum ni di bawah tajuk "Kejadian Manusia".
Jadi, ajarkankanlah anak2 kita menyebut Alhamdulillah setiap kali bersin.
Orang yang mendengarnya jawablah begini :
Kepada orang lelaki : Yarhamkallah
Kepada orang Perempuan : Yarhamkillah
Kemudian, orang yang bersin jawab semula dengan ucapan Yahdina Wa Yahdi Kumullah.
1 comment:
tumpang tanya,
apa maksud yarhamkallah/yarhamkillah dan Yahdina Wa Yahdi Kumullah?
Post a Comment