Akhirnya...kami berempat selamat tiba di Jeddah Airport @7pm waktu KSA setelah menempuh pejalanan selama 8 jam 20 min menaiki pesawat MAS penerbangan MH150. Melepasi imigresen Arab Saudi merupakan satu cabaran buat kami kerana terpaksa menunggu 3 jam untuk diperiksa passport. Itupun setelah merayu kat sorang pegawai yg lembut hati kat kami. Faris & Husna tak henti nangis sbb keletihan & kehausan. Lepas 1/2 jam kat kaunter, baru kami dapat keluar cari luggage. Mujur tak ade kastam jaga, kalau tidak tentu kena buka beg/kotak. Kat luar suamiku dah lama menunggu bersama sorang driver. Lebih kurang 4.30 pagi kami pun bertolak ke Yanbu. Kami semua tidur sepanjang perjalanan. Dalam masa 2 jam kami tiba di rumah sewa kami yg terletak di Ain Al Nawa.
Dalam pesawat.
Alhamdulillah Faris dah tertidur masa nak boarding. So masa angkat dia dari stroller untuk masuk pesawat baru dia terjaga. Semasa berlepas dan selama sejam yg pertama dia duduk aje kat seat. Sampai masa makan, dia elok aje makan. Lepas makan dah mula gelisah nak turun. Masa tu seluar dia dah basah lencun; lepas tu dia tambah lagi pula bebanan diapers kat punggung dia. Bila nak ajak dia tukar semua pakaian, puas pujuk masuk ke toilet; lama2 tu dukung dia masuk dalam.
Bila dah selesa dia tak mau duduk pulak, habis satu kabin tu dia round. Ke belakang, depan, kiri, kanan. Sampai semua penunpang lain pun kenal la dgn Faris n mamanya.
Kakak2nya buat hal masing2, Huda layan tidur dia sampai miss makan sampai landing. Husna tidur sekali aje lepas tu tengok kartun. Faris pun tidur sebelum sampai di Jeddah, pun miss meal dia tu. Masa nak turun dari pesawat, Huda termuntah atas selimut. Cepat2 capai plastik untuk dia muntah lagi.
Sehari sebelum berangkat.
Kami booking 2 bilik di Palm Garden IOI Resort di Putrajaya. Mak, mak mertua, K Ngah(Najat) & anak2 join sekali. Bertolak dari Sg Besar jam 11 pagi, sampai di Shah Alam jam 2 petang kami makan di rumah K Yong. Pukul 3.30 kami sambung perjalanan menuju Putrajaya. Petang tu pesan kat Boboy belikan satay Kajang untuk kami makan malam. Tak lama Acu & Boboy pun datang. Malam pula Makcik Bedah & anak cucunya datang ke bilik kami. Kemudian sepupu ku (Zayat) anak beranak pula datang. Tapi tak dapat nak lawat K long di IJN, cuba call dia pagi sebelum check-out.
1 comment:
Selamat datang ke Yanbu..Time ni musim panas giler teringat masa mula2 sampai tahun lps,musim panas gak terasa sgt nk balik..ape2 pun skrg dh ok n best duk sini..nt dh releks2 jmptlah ke umah..
Post a Comment