Dalam kehidupan kita, perubahan akan berlaku. Samada yang kita pilih atau takdir yang menentukan.
Pastinya kini kami telah memilih untuk mengubah kehidupan. Kalau dulu rutin harian seminggu kami akan ke pejabat, pulang petang kini rutin harianku tertumpu di rumah mengurus rumah dan anak2. Cuma suamiku masih meneruskan rutin hariannya.
Kalau dulu (masa di Kertih) hari minggu aku berada di rumah dan suami di Padang Golf, kini semua akan menghabiskan masa bersama di rumah atau bersiar.
Dulu kami akan ke Kuantan atau ke KL untuk tujuan ke hospital atau bershopping. Kini rutin dan tujuan kami ubah ke Madinah atau Mekah. Perjalanan yang sama (Kertih-Kuantan) yang mengambil masa 2 jam, menyamai tempoh perjalanan Yanbu ke Madinah. Tempoh 4 jam Kertih-KL, kini menyamai perjalanan Yanbu ke Mekah. Akan tetapi...tujuan berubah untuk mengunjungi dan bersolat di Masjid Nabawi & Masjid Haram. Bershopping pula cuma menjadi agenda sampingan.
Bagi diriku...dalam kerjaya aku pernah berkareer di NSTP (sebuah syarikat yg telah lama bertapak di Malaysia). Kemudian aku bertukar ke Optimal (satu syarikat usahasama Petronas-UCC yang baru ditubuhkan). Sudah tentu terdapat jurang perbezaan di antara syarikat yang telah matang dengan syarikat yang baru lahir.
Kini, aku sifatkan diriku dalam masa transisi untuk mencapai impian yang masih belum kesampaian. Dalam tempoh ini, aku ingin mencari kekuatan dalaman sebelum merealisasikannya. Idolaku pastinya... Khadijah R.A. (isteri Rasulullah S.A.W) yang disifatkan sebagai jelitawan, hartawan, usahawan, dermawan.
Yang penting kita mesti selalu bersikap positif dalam menempuh setiap perubahan dalam kehidupan ini...
No comments:
Post a Comment