Alhamdulillah kami berkesempatan untuk ke Mekah lagi pada malam Jumaat (28 Syawal 1431H). Kali ini kami dapat melakukan tawaf sunat satu keluarga memandangkan semua masih belum mengantuk dan kaabah pun tidak sesak. Lepas tawaf pun masih boleh bawa anak2 melihat Maqam Ibrahim dari dekat. Cuma tak bawa mereka kucup Hajar Aswad lagi.
Tujuan utama datang ke Mekah kali ni untuk mengambil air zam zam untuk dibawa pulang ke tanahair nanti. Jadi kami memilih lokasi hotel yg berdekatan dgn tempat mengambil air zam zam. Kali ni di Hotel Fairooz, selesa sekali sebilik 5 katil pada harga SR200.
Anak2 paling suka makan ais krim di sini, memang sedap dan kedai ais krim memang banyak. Tiap kali pulang dari masjid, pasti singgah beli.
No comments:
Post a Comment