Monday, December 22, 2008

Kisah suka duka dan ketabahan

4/12/2008

Petang - Kami semua ke Kuantan Airport jemput kepulangan suami/abah pulang dari Yanbu.
Malam - makan malam di Restoran Thai di Balok (murah rezeki sbb ada orang murah hati nak belanja kami makan malam tu - staf ETL)

5/12/2008
9.00 am - kami breakfast dulu pas tu kami anak-beranak berendam kat swimming pool. Enjoy budak2 tu sbb dah lama tak dapat masuk pool.
11.30 am- Sampai masa kami packing and ready to check-out. Dah bayar bill semua...aku pun jalan angkat 2 beg untuk load dlm kereta. Nasib tak baik aku jatuh tangga....aduh...sakitnya kaki. Tak boleh bangun untuk beberapa minit.

11.50 am- Kami terus ke KSH.
12.30 am- Masuk bilik Dr Siti Noor sbb nak follow up Huda's condition for allergies. Tak lama tu kena panggil masuk pula jumpa Dr Zainuddin.

12.45 am- Dr Zainuddin suruh buat X-Ray kaki & jumpa dia selepas solat Jumaat.

1.00 pm- Lepas buat X-ray kami makan tengahari. Tak lama tu faris pun tertidur atas pangkuanku.

2.30 pm- Tunggu Dr Zainuddin, abg pergi kereta nak cari passport. Tak lama kemudian jumpa doktor dan lihat X-ray. Dr terangkan yang tulang kakiku telah patah, ada gap dan ada serpihan. Kena buat operation, masukkan besi/skru untuk betulkan semula.
Kecut perut mendengarnya, tanya doktor tak ada cara lain ke?
Doktor nak operate malam tu tapi memandangkan aku baru sudah makan, buat esok pagi saja.

3.00 pm- Doktor panggil suamiku masuk ke biliknya dan terangkan keadaan sebenar.

3.30 pm- Masuk ke wad. Check darah pun naik 160/90.

6/12/2008

9.00 am- krew operation datang ke wad. Aku tak sedia lagi nak minta ke tandas sekejap.

9.20 am- Masuk ops theatre. Dr pakar bius tu marah2 sbb delay. Staf terpaksa terangkan patient minta PU (pass urine).

9.30 am- Nurse tu mula cucuk tangan kiri aku. Alamak jarum bengkok pulak, cari urant lain pulak baru masuk. Lepas tu dr pakar bius kasi aku oxigen mask tak sampai seminit aku pengsan.

11.30 am- Aku dimasukkan ke wad semula (kata nurse).

7/12/2008

7.00 pm - Aku dah boleh keluar dari hospital. Kami terus kan perjalanan balik kampung untuk hari Raya Haji esoknya.

8.00 pm - Tiba di R&R Gambang makan. Aku makan dlm kereta aje dgn Faris.

9.00 pm - Masa tu hujan lebat, aku nak ke tandas, Huda temankan. Lepas tu abg ambil kereta tukar tempat parking dekat depan tandas. Tiba2 Husna keluar kereta, engine on, kereta terkunci dari dalam.

Terpaksa panggil MTD Prime ronda tolong bukakan pintu. Nak jadikan cerita...jari suamiku pula tersekat. Faris menangis sampai termuntah2 dlm jip MTD tu. Macam2 dugaan.

10.00 pm - Lepas semua settle, anak2 dah tukar baju, kami teruskan perjalanan pulang. Tiba kat Sg Besar jam 2.00 pagi.

Wednesday, November 12, 2008

Defensive Driving

Last Monday (3/11/2008) I've attended Defensive Driving course. It's sort of refresher course for me coz I've attended once way back in 2002 (if I'm not mistaken). But.. the previous one was more adventurous than this one. Except, this one we're using the "safest" car SAAB with turbo engine.


Its good to get ourselves reminded on safety aspects particularly on driving, coz most of us are on the roads for almost everyday. They showed us short videos on accidents - how it happens, what happens to the people involved, the vehicles and so on.

Oooooo......terrible, sometimes innocent people get killed too.


The bottomlines are.....

1. Self discipline
2. Apply LOVE while driving-
L = Look Up and look Ahead
O = Observation
V = Visibility
E = Escape Route
3. Change your mind set

The top 15 tips when driving :
1. Pay Attention!
2. Don't trust Anybody!
3. Don't speed!
4. Don't drive impaired
5. Wear your seat belt!
6. Don't run red
7. Know your blind spots!
8. Avoid distractions!
9. Know when to use your headlights!
10. Maintain your vehicle's tyres
11. Check fo hydroplanning!
12. Beware of stopped r slow-moving vehicles
13. Secure loose objects!
14. Share the road with trucks
15. Drive precisely and follow the rules

Wednesday, November 5, 2008

Birthday Huda yg ke-8

Inilah kek kiwi yg ditempah khas untuk majlis ulangtahun hari lahir ke-8 puteri kami Jazmina Huda. Majlis diadakan pada waktu pagi 25hb. Oct lalu (tarikh lahir nya yg sebenar 24.10.2000). Majlis sederhana tapi tetap meriah, Mok Mek (pembantu rumahku) yang tolong sediakan juadah - meehoon goreng, tapai, dan tak ketinggalan keropok (hidangan sampingan kegemaran org T'ganu) serta kuih2 raya yg masih ada.

Lilin tu tak tiup pun. Saja train budak2 ni Islamic teaching sikit -makruh tiup atas makanan/minuman.

Oleh kerana the next Monday tu public Holiday (Deepavali) tak berapa ramai yg datang. Next day, bawa makanan extra untuk dimakan ramai2 kat ofis.

Saturday, October 11, 2008

Kejadian Manusia

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya. TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat". 2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Wallahuallam
Seperti yang dihuraikan oleh Ustaz Yusuf sewaktu kuliah zohor, dan dikirim melaui emel oleh rakan sekerja.

Panggilan Allah

Aku mendapat kiriman emel dari teman sekerja....menarik, sesuatu yang ku rasakan satu ilmu baru yang kita tak tau selama ini. Justeru itu, ingin ku kongsikan bersama....sebagai peringatan buat semua.

Renung-renungkan dan selamat beramal…. Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'Saya menggelengkan kepala. 'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... .. Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkankesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....' ** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....** Huraisy Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy inidari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.''Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.Kelima, orang yang suka minum arak.' kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…....sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Blog ini ku namakan akhirnya....

Dari sehari ke sehari nak create blog sendiri punyelah susah. nak belajar dgn Acu sampai ke sudah tak belajar pun. Entah napa hari ni tergerak hati ....nak redah aje buat blog sendiri. Title tu baru je terpikir tadi. Sempena penghijrahan suamiku ke bumi Yanbu, KSA .... maka aku pilih Jejak Bumi Anbiya.

Address blog tu sebenarnya aku pilih sempena nama putera kami Ahmad Faris. Cuma ku tukar ejaan "Is" tu kepada East. Tapi kalau pronoun tu masih sama...tak berubah makna dia kalau ikut Arab. Kalau ikut english tu aku nak kata sebenarnya.......far east means yanbu tu nuuuun jauh kat middle east. Jauh tu dari Mesia.

Gitulah kisah...hari ni dalam sejarah hidupku, aku siapkan blogku sendiri. Esok lusa kalau dah expert aku selitkan gambar2 pulak. Rasanya hari ni tak dan (sempat) nak cari gambar2 tu.