Saturday, October 11, 2008

Blog ini ku namakan akhirnya....

Dari sehari ke sehari nak create blog sendiri punyelah susah. nak belajar dgn Acu sampai ke sudah tak belajar pun. Entah napa hari ni tergerak hati ....nak redah aje buat blog sendiri. Title tu baru je terpikir tadi. Sempena penghijrahan suamiku ke bumi Yanbu, KSA .... maka aku pilih Jejak Bumi Anbiya.

Address blog tu sebenarnya aku pilih sempena nama putera kami Ahmad Faris. Cuma ku tukar ejaan "Is" tu kepada East. Tapi kalau pronoun tu masih sama...tak berubah makna dia kalau ikut Arab. Kalau ikut english tu aku nak kata sebenarnya.......far east means yanbu tu nuuuun jauh kat middle east. Jauh tu dari Mesia.

Gitulah kisah...hari ni dalam sejarah hidupku, aku siapkan blogku sendiri. Esok lusa kalau dah expert aku selitkan gambar2 pulak. Rasanya hari ni tak dan (sempat) nak cari gambar2 tu.

No comments: