Sunday, May 23, 2010

Umrah keluarga

Seperti yg dirancangkan...ahli keluargaku telah selamat melakukan ziarah & Umrah. Alhamdulillah....syukur atas redha & ketentuanNya dapat kami berjumpa dengan mereka di al-haramain, negeri yg aman ini.

Mereka seramai 7 orang - mak, adik bongsuku, mak mertua, adik & kakak iparku serta Acik Mat (adik arwah abahku) & isterinya Acik Bunah dari Felda Chini 3 telah memulakan perjalanan pada 5/5/2010 dari KLIA ke Jeddah menaiki pesawat MAS. Mereka ni mengikuti pakej Umrah KSB travel.
Kami menuju ke Madinah pagi Khamis (6/5/2010) dan seperti biasa untuk mengambil fahdilat Umrah dgn bersolat sunat di Masjid Quba. Selesai solat kami terus ke hotel penginapan mereka iaitu Jawharat Fayroz. Selama 2 hari kami bersama2 mereka bersolat di Masjid Nabawi & ziarah sekitar Madinah. Kami pulang semula ke Yanbu selepas makan malam sbb anak2 akan ke sekolah dan suami pun kena bekerja sepanjang minggu.

Selepas seminggu, kami ke Mekah pula untuk menyertai mereka. Asal perancangan nak bertolak petang Rabu. Kebetulan Yansab ada unplanned shutdown, jadi suamiku terpaksa bereskan kerja dulu sebelum bercuti. Menjelang Maghrib baru dia sampai kat rumah. Lepas tu dia kata dia letih, akhirnya kami putuskan untuk ke Mekah pada esoknya.

Pagi Khamis, kami bertolak jam 8 pagi & tiba di Miqat Al-Juhfah pada jam 9.30 pagi. Selama 45 minit kami di situ, kami teruskan perjalanan ke Mekah. Alhamdulillah kami tiba di Mekah setelah 2 jam perjalanan dari Juhfah. Terus saja kami ke hotel penginapan mereka Rawabi Al-Bustan (belakang Hilton). Petang tu lepas solat Asar, aku & suami sama2 menyempurnakan Umrah & bertahallul. Malam tu malam Jumaat, suamiku terus aje kembali ke dataran kaabah untuk menunggu solat Maghrib. Penantian yg tidak sia2, rezeki suamiku dapat solat di rukun Yamani dan melihat sheikh melumurkan minyak wangi di kelambu kaabah.
Aku pula terpaksa kembali ke bilik hotel untuk menjaga anak2 & beri peluang keluargaku solat fardhu di Masjidil Haram.

Selama seminggu bersama mereka, dapatlah kami semua merasa melakukan Umrah, solat berjemaah, ziarah, makan bersama2. Suatu pengalaman yg bermakna dalam hidup. Maklumlah kami ni sekarang ni merantau jauh...dan jarang2 sekali dapat menziarahi keluarga di kampung.

Agak terkilan juga bila kami tak dapat bertemu dan mengucapkan selamat jalan kepeda mereka di airport. Petang tu dah suasana agak kelam kabut lepas habis tawaf wada nak check out hotel. Kami terus ke Jeddah meniki kereta, dan mereka semua menaiki bas ke airport. Kami ke Balad Jeddah atas urusan tukar wang. Rupa2nya suamiku turut belikan Al-Baik untuk dimakan bersama2 di airport. Patutlah kami menunggu lama di restoran Indonesia. Tepat jam 7 baru kami keluar menuju ke airport. Jalan jam kat Jeddah..jadi kami terlewat tiba 45 minit kemudian. Tiba di airport...hampa tak nampat kelibat mereka. Bila jumpa Asyraf (menantu arwah Hj Nasron), dia kata mereka semua dah selamat sedia untuk berlepas. Dia menyampaikan salam dari mereka beserta bekalan makanan & air zam2 untuk kami. Namun itu merupakan suatu takdir dari Allah, dan kami redha dengan takdirNya.

Di situ, kami terus solat Maghrib & Isyak. Sementara menunggu aku & anak sulungku bersolat, suamiku bertemu dgn Ustaz Zul - mutawwif kami semasa buat Haji bersama Zahafiz Travel pd thn 1426H (2005/2006). Beliau sedang menunggu ketibaan jemaah MAS Holidays. Kami sepakat untuk pulang terus ke Yanbu malam tu juga. Sebelum memulakan perjalanan, kami makan bekalan mereka & Al-baik yg sedia dibeli tadi dalam kereka sambil anak2 lihat kapal terbang di udara.

Mudah2an kita akan bertemu lagi kesempatan lain. InsyaAllah.

1 comment:

Nabilah said...

Kami pun minta maaf banyak2 tak dapat nak tunggu lama...Insyaallah kalau ada rezeki kami datang lagi.