Monday, March 29, 2010

Jalan2 KSA di Thee Ain Village (Al-Baha)

Thee Ain Village dari jauh



Seperti yg dirancangkan kami sekeluarga bersama2 keluarga Hj Fauzi, Hj Dahisham & Hj Sanusi memulakan kembara ke Abha pada petang Selasa lepas. Kami berhenti di Jufah untuk makan malam & solat Maghrib & Isyak. Lepas tu meneruskan perjalanan ke Taif melalui kota Mekah.
Ada peristiwa yg melucukan berlaku di tengah2 kesibukan kota Mekah. Masa nak buat U-turn di Dar Al-Tawheed, tiba2 ada kereta Toyota Corolla tiba2 rapat dgn kereta kami dan bagi isyarat. Lepas aje U-turn Pak Arab tu turun dari kereta dan lambai lagi tapi kami tak berenti. Kami terus aje tapi rupa2nya dia ekori kami lagi. Sampai satu simpang selepas Hotel Le Meridien baru kami berentikan kereta. Buka ada tingkap Pak Arab tu tanya "sayyaratu lilbaik?". Ade ke tanya nak jual kereta kami, ingatkan ape la yg dok sibuk kejar2 kami. Yg peliknya kami 4 buah kereta, kereta kami yg paling klasik yg jadi rebutan. Lepas bertukar no telefon kami teruskan perjalanan mendaki Taif. Kami berhenti di tempat jual buah di Al-Hada. Malam tu kami bermalam di Al-Hada.

Esoknya lepas sarapan pagi kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya Al-Baha. Di situ kami ingin melawat Thee Ain Village. Dari puncak kami menyusuri jalan ke lembah sejauh 20km. Melalui lereng2 yg curam & berselekoh & mengharungi 25 terowong. Tiba di bawah waktu zohor, berehenti di sebuah masjid untuk kaum bapa bersolat jemaah. Lepas tu baru ke lokasi Thee Ain Village. Malangnya kami tak dibenarkan masuk kawasan itu sbb kerja2 pembaikan sedang dijalankan. Jadi kami cuma ambil gambar dari jauh. Thee Ain Village merupakan sebuah perkampungan di mana rumah2 dibina atas marble.

No comments: