Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah kami kembali...

Alhamdulillah. Itulah ucapan tanda kesyukuran kami kerana kami telah kembali seperti fitrah ibarat baru dilahirkan dari perut ibu dan kami selamat kembali ke Yanbu dan dapat bertemu dgn Husna & Faris serta dapat berhubung semula dgn keluarga & sahabat handai semua...Kejadian malam 12 Zulhijjah di Mina di mana ribut melanda dan meruntuhkan sebahagian dinding khemah kami; membuatkan kami pasrah atas segala kemungkinan yg akan berlaku...dan hanya berserah kepada Allah sekiranya menjadi korban pada malam tersebut. Kejadian berlaku selepas maghrib...mulanya disapa angin sejuk yg membawa pasir yang memedihkan mata. Kemudian ianya menjadi semakin ganas hingga tercabut tali pengikat dinding khemah. Angin kuat diiringi dengan hujan & ribut petir tu juga mampu menerbangkan besi pemberat dinding khemah dan anak kawan kami telah menjadi mangsa dipukul besi tersebut mengenai belakang kepalanya. Sampai satu tahap kami lihat dinding khemah hampir tercabut...keadaan ini membuatkan kami semua kelam kabut dan mula keluar dari khemah untuk menyelamatkan diri. Kami kemudiannya diarahkan berlindung di khemah yg lebih selamat dan disuruh istighfar & berzikir sepanjang masa. Khemah kami terletak di atas bukit yg tidak ade pelindung dari mana2 arah angin...manakala khemah lelaki terletak di kaki bukit. Jadi mereka terselamat dari kejadian malam tu.
Agak 2 jam kami berlindung...kemudian blackout. Kami juga diberitahu mungkin tiada makanan untuk malam tu...jadi mereka mula mengagihkan ape2 saje yg ade pada masa tu sebagai alas perut. Kuasa Allah...kami tidak diturunkan hujan lebat pada malam tu. Selepas khemah kami dibaik pulih...kami dibenarkan masuk semula dalam khemah kami. Selepas semua dah masuk khemah...kami semua diarahkan supaya mengemas beg2 kami sebagai persiapan untuk Nafar awal jika esoknya cuaca masih buruk.

Antara 3 bas...memang kami pilih untuk buat Nafar Awal. Jadi memang dah start packing beg untuk balik esok. Esok paginya selepas solat subuh kami pun ke Jamrah untuk buat lontaran 12ZH. Cuma kumpulan kami aje melontar pagi tu...manakala kawan2 yang buat Nafar Thani akan melontar pada waktu zohor pula. Setelah siap kumpulkan beg2 besar di bawah...kami pun sedia untuk ke Jamrah. Kami pun masing2 bawa beg sandang kecil sahaja...dan bawa bekalan ringkas seperti wang, air dan yg penting batu2 untuk melontar. Lepas selesai melontar...masa nak patah balik ke khemah kami dapat panggilan dari ketua bas kami. Kami dapat info bas kami tak dapat masuk ke Mina...jadi kami diarahkan untuk terus ke Mekah untuk tawaf wada' dan bas akan tunggu kami di Ghazlah jam 3 petang. Jadi kami pun masing2 teruskan perjalanan ke Mekah. Setelah berpecah dari kumpulan, tinggal kami berlima aje yang masih bersama. Setelah penat menapak separuh jalan menuju tempat bas suamiku menahan sebuah pajero...pemandu setuju bawa kami ke Mekah dan dia menetapkan tambang SR30 setiap sorang. Kami setuju dan perjalanan cuma memakan masa 15 minit aje untuk tiba di Mekah. Kawan2 lain ade yg menaiki bas...agak ade yang sejam baru sampai...ade yg dapat percuma & ade yg bayar SR10 sekepala. Ade lagi kawan terkena naik bas kena tambang SR30 setiap sorang tapi sampai 2 jam lewat dari kami. Itu rezeki masing2.....kena redha bila Allah nak uji.
Lepas selesai tawaf & solat zohor kami kumpul di Safwah tower semula dan alas perut sebelum pulang. Bila kami nak bergerak...ade pula satu couple yg baru tiba utk tawaf. Jadi mulanya nak tunggu mereka lagi. Bila semua orang dah bergerak nak ke Ghazlah...kami pun kena ikut juga. Tapi sebelum tu nak ke tandas dulu. Kat tandas pula orang ramai, agak 1/2 jam makan masa kat situ. Sampai masa kami bergerak...orang dah mula buat saf dan azam asar berkumandang. Bila dah sampai ke pintu keluar...orang dah penuh sbb kat luar dah hujan & saf telah diatur. Jadi kami tersekat kat situ.
Kami cuba tunggu hingga hujan reda hingga lebih setengah jam. Akhirnya kami redah juga hujan, banjir & lautan manusia yg ade pasa masa tu. Sesekala berteduh di kedai2 tepi jalan....akhirnya selepas sejam kami tiba di bas jam 5 petang. Kami pun pulang ke Yanbu dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan dalam bas. Nak salin pakaian beg kami masih di Mina sbb bas tak bolah masuk Mina dan akan tiba esoknya sama 2 kumpulan yg buat Nafar Thani. Nak shopping tak boleh sbb dah buat tawaf wada...nak singgah kedai on the way mana ade kedai baju. Akhirnya kami tiba di Yanbu jam 11 malam...dan baju kami pun kering sendiri dalm perjalanan tadi. Itulah sebahagian pengalaman Haji kami tahun ini.

No comments: