Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah kami kembali...

Alhamdulillah. Itulah ucapan tanda kesyukuran kami kerana kami telah kembali seperti fitrah ibarat baru dilahirkan dari perut ibu dan kami selamat kembali ke Yanbu dan dapat bertemu dgn Husna & Faris serta dapat berhubung semula dgn keluarga & sahabat handai semua...Kejadian malam 12 Zulhijjah di Mina di mana ribut melanda dan meruntuhkan sebahagian dinding khemah kami; membuatkan kami pasrah atas segala kemungkinan yg akan berlaku...dan hanya berserah kepada Allah sekiranya menjadi korban pada malam tersebut. Kejadian berlaku selepas maghrib...mulanya disapa angin sejuk yg membawa pasir yang memedihkan mata. Kemudian ianya menjadi semakin ganas hingga tercabut tali pengikat dinding khemah. Angin kuat diiringi dengan hujan & ribut petir tu juga mampu menerbangkan besi pemberat dinding khemah dan anak kawan kami telah menjadi mangsa dipukul besi tersebut mengenai belakang kepalanya. Sampai satu tahap kami lihat dinding khemah hampir tercabut...keadaan ini membuatkan kami semua kelam kabut dan mula keluar dari khemah untuk menyelamatkan diri. Kami kemudiannya diarahkan berlindung di khemah yg lebih selamat dan disuruh istighfar & berzikir sepanjang masa. Khemah kami terletak di atas bukit yg tidak ade pelindung dari mana2 arah angin...manakala khemah lelaki terletak di kaki bukit. Jadi mereka terselamat dari kejadian malam tu.
Agak 2 jam kami berlindung...kemudian blackout. Kami juga diberitahu mungkin tiada makanan untuk malam tu...jadi mereka mula mengagihkan ape2 saje yg ade pada masa tu sebagai alas perut. Kuasa Allah...kami tidak diturunkan hujan lebat pada malam tu. Selepas khemah kami dibaik pulih...kami dibenarkan masuk semula dalam khemah kami. Selepas semua dah masuk khemah...kami semua diarahkan supaya mengemas beg2 kami sebagai persiapan untuk Nafar awal jika esoknya cuaca masih buruk.

Antara 3 bas...memang kami pilih untuk buat Nafar Awal. Jadi memang dah start packing beg untuk balik esok. Esok paginya selepas solat subuh kami pun ke Jamrah untuk buat lontaran 12ZH. Cuma kumpulan kami aje melontar pagi tu...manakala kawan2 yang buat Nafar Thani akan melontar pada waktu zohor pula. Setelah siap kumpulkan beg2 besar di bawah...kami pun sedia untuk ke Jamrah. Kami pun masing2 bawa beg sandang kecil sahaja...dan bawa bekalan ringkas seperti wang, air dan yg penting batu2 untuk melontar. Lepas selesai melontar...masa nak patah balik ke khemah kami dapat panggilan dari ketua bas kami. Kami dapat info bas kami tak dapat masuk ke Mina...jadi kami diarahkan untuk terus ke Mekah untuk tawaf wada' dan bas akan tunggu kami di Ghazlah jam 3 petang. Jadi kami pun masing2 teruskan perjalanan ke Mekah. Setelah berpecah dari kumpulan, tinggal kami berlima aje yang masih bersama. Setelah penat menapak separuh jalan menuju tempat bas suamiku menahan sebuah pajero...pemandu setuju bawa kami ke Mekah dan dia menetapkan tambang SR30 setiap sorang. Kami setuju dan perjalanan cuma memakan masa 15 minit aje untuk tiba di Mekah. Kawan2 lain ade yg menaiki bas...agak ade yang sejam baru sampai...ade yg dapat percuma & ade yg bayar SR10 sekepala. Ade lagi kawan terkena naik bas kena tambang SR30 setiap sorang tapi sampai 2 jam lewat dari kami. Itu rezeki masing2.....kena redha bila Allah nak uji.
Lepas selesai tawaf & solat zohor kami kumpul di Safwah tower semula dan alas perut sebelum pulang. Bila kami nak bergerak...ade pula satu couple yg baru tiba utk tawaf. Jadi mulanya nak tunggu mereka lagi. Bila semua orang dah bergerak nak ke Ghazlah...kami pun kena ikut juga. Tapi sebelum tu nak ke tandas dulu. Kat tandas pula orang ramai, agak 1/2 jam makan masa kat situ. Sampai masa kami bergerak...orang dah mula buat saf dan azam asar berkumandang. Bila dah sampai ke pintu keluar...orang dah penuh sbb kat luar dah hujan & saf telah diatur. Jadi kami tersekat kat situ.
Kami cuba tunggu hingga hujan reda hingga lebih setengah jam. Akhirnya kami redah juga hujan, banjir & lautan manusia yg ade pasa masa tu. Sesekala berteduh di kedai2 tepi jalan....akhirnya selepas sejam kami tiba di bas jam 5 petang. Kami pun pulang ke Yanbu dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan dalam bas. Nak salin pakaian beg kami masih di Mina sbb bas tak bolah masuk Mina dan akan tiba esoknya sama 2 kumpulan yg buat Nafar Thani. Nak shopping tak boleh sbb dah buat tawaf wada...nak singgah kedai on the way mana ade kedai baju. Akhirnya kami tiba di Yanbu jam 11 malam...dan baju kami pun kering sendiri dalm perjalanan tadi. Itulah sebahagian pengalaman Haji kami tahun ini.

Saturday, November 27, 2010

Mimpi oh mimpi

"Apabila salah seorang dari kamu bermimpi sesuatu yang ia senangi, itu datangnya dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah dan menceritakannya kepada orang lain. Dan jika bermimpi sesuatu yang ia benci, itu datangnya dari syaitan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari mimpi buruk tersebut, dan jagan bercerita kepada sesiapapun; kerana mimpinya itu tidak mmemnahayakannya." Dipetik dari buku Tafsir Seper Sepuluh Dari Al-Quran Al-Karim. Tapi aku tak pasti samada ianya doa atau maksud hadith. Kalau hadith tak pula dinyatakan perawinya dalam buku ini. Tapi ianya merupakan salah satu doa yg ada dalam bab Doa-doa penting yang perlu dihafal.

Sebenarnya...bila aku terbaca doa ni; aku ingin berkongsi mimpi yang aku rasa sangat memberi kesan dalam hidupku. Iaitu mimpi bertemu dengan malam Lailatul Qadr. Sepanjang hayatku, ini kali kedua aku mengalami mimpi sebegini. Pertama kali aku mimpi ketika usiaku masih kanak2 pada usia 11 tahun. masa tu aku memang tersangat berhajat agar dipertemukan dengan Lailatul Qadr; tapi aku tertidur juga hinggalah mak kejut untuk bersahur. Masa tu rasa terkilan juga tak dapat berjaga pada malam tu. Lepas sahur aku berzikir sambil berselimut...namun tertidur juga. Dan ketika tu lah aku bermimpi dengan keadaanku berzikir dan berselimut dan melihat cahaya di langit melalui tingkap bilikku. Kemudian aku membuka tingkap dan melihat pokok2 kelapa di luar rumahku ada yang sedang tumbang seolah2 bersujud dan ade juga tenggelam masuk ke bumi. Maka aku pun terus berdoa dalam mimpi tu.

Tahun ini...sekali lagi aku bermimpi bertemu Laitlatul Qadr; dan lebih istimewa bila mendapat mimpi tu di bumi Madinah al-Munawwarah. Namun aku tak pasti samada ia berlaku pada malam 28 atau 29; kerana tak berpeluang untuk menceritakannya terus kepada ahli keluarga. Yang pastinya ada satu keajaiban berlaku pada malam ke 29. Faris yg belum pandai bercakap, tiba2 tunjuk di luar sana dan berkata "star". Aku pun tercari2 kalau2 ada bintang. Tenyata kelihatan satu bintang di atas langit. Aku pun sebenarnya tak tau kalau anak aku ni memang dah pandai sebut perkataan tu atau memang tau itu memang bintang. Malam tu juga dia lewat tidur...puas aku ajak dia tidur; dia tak mau. Aku pulak memang nak tidur supaya dapat bangun semula untuk qiam. Bila aku mula nak pejam mata aje...ada saja kehendaknya; jadi dia akan kejut dan minta ditunaikan hajatnya. Sampai satu masa aku pun tak pasti pukul berapa...kami sama2 tertidur. Mungkin pada waktu itulah aku bermimpi.

Aku bermimpi sedang bersolat malam, di akhir solat selepas bangun dari sujud; ada satu cahaya datang menyentuh hujung kanan sejadahku. Selepas memberi salam; aku pun berkata mungkin cahaya tadi merupakan malaikat yang datang pada malam Lailatul Qadr. Lalu aku pun terus berdoa; tapi aku tak ingat apa yang aku doakan dalam mimpi tu. Bila bangun aku masih ade masa untuk qiam sebelum pergi bersahur dan solat subuh. Esok siangnya aku terus demam. Bila difikirkan semula; kalau betul mimpiku itu & malaikat memang datang menyapaku...mungkin itulah sebabnya juga aku demam. Teringat bila Nabi Muhammad S.A.W. juga menggigil bila Jibril memeluknya di gua Hira. Namun sesungguhnya hanya Allah S.W.T. lebih mengetahui dan berkehendak atas segala sesuatu.

Thursday, November 25, 2010

Sejarah berulang


Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan hanya Dia yang berkuasa mengaturkan perjalanan hidup seseorang.

Aku mengalaminya tahun ini...bila aku dijemput untuk menjadi tetamuNya mengerjakan Haji. Kali ini anak ketiga ku berusia 3 tahun; aku merupakan anak ke-3 dan pada usia tersebut juga ibubapaku pergi mengerjakan Haji pada tahun 1975.

Sejarah juga berulang bila 5 tahun yg lepas kami suami isteri sama2 mengerjakan Haji dan selamat menyempurnakan rukun2 haji (tahallul thani) pada tanggal 11 Zulhijjah; iaitu tarikh pernikahan kami. Bukan itu saja...kali ini sekali lagi kami buat tawaf sebelum masuk waktu subuh & habis tawaf lebih kurang 10 minit sebelum azan subuh berkumandang di Masjidil Haram. Seterusnya kami buat Saei selepas solat subuh. Subhanallah, alangkah indahnya Allah aturkan perjalanan hidup kami ini...walau pada asalnya kami merancang yg lain.
Asal perancangan kami nak terus ke Mekah bua tawaf & saei Haji selepas melontar jamrah Aqabah pada pagi 10 Zulhijjah. Keadaan tidak mengizinkan bila Huda mengalami sakit perut & muntah sepanjang perjalanan melontar. Kesian melihat keadaannya yg dah lemah; aku pujuk suamiku untuk berpatah balik ke khemah kami di Mina dan berehat. Bila dah sampai khemah dan bertukar pengalaman rupa2nya ade juga yg belum pergi tawaf macam kami. Dan mereka merancang nak keluar dari Mina menuju Mekah pukul 1 pagi. Jadi kami pun nak ikut mereka sekali. Tiba waktunya kami sama2 berjalan kaki menuju ke Jamrah; cuma selepas Jamrah kami berpecah sebab kami nak cari kenderaaan menuju Al-Haram manakala mereka sekumpulan sama2 berjalan kaki sahaja. Kami berjalan terus menuju Bin Dawood...di situlah kami dapat naik koster dan tambang yang dikenakan ialah SR50 setiap sorang. Hampir jam 3 pagi kami tiba dan diturunkan di Masjid Kucing.
Setelah berwuduk kami terus menuju ke dataran Kaabah....ramainya jemaah pada masa tu; aku hampir takut nak tawaf di situ. Tapi suamiku yakin dan bawa juga kami tawaf...dengan izin Allah kami berjaya tawaf dengan tenang bersama2 jemaah yg lain. Haji yg dulu kami tawaf di tingkat 1...jadi suamiku rasa macam agak terkilan. Jadi kali ni memang dia nekat nak tawaf kat bawah juga. Syukur kami diberikan ruang tawaf di bawah kali ini. Tapi Saei memang kami buat di tingkat satu...atas pilihan kami sendiri.

Wednesday, October 27, 2010

Damsyik lagi




Pagi esoknya anak2 cuma makan nasi yg kami beli malam tadi di bilik hotel. Kami berdua ke dewan makan untuk menikmati sarapan. Sama je hidangan Arab kat mane2 hotel pun. Cuma kat sini kami jumpa telur warna coklat yg macam di Malaysia tu (kat Saudi semua telur warna putih macam telur itik. Kami check out jam 12 seperti yg dirancangkan.
Destinasi seterusnya ke Masjid Umawi. Untuk menuju ke masjid ni kita kena lalu Suq Hamidi. Meriah sungguh suasana di Suq Hamidi, nak jalan pun susah sbb orang ramai sepanjang jalan. Sempat juga kami merasa ais krim buatan tangan (ais krim ni penuh disalut dengan kacang pistaschio)di pertengahan suq. Di penghujung suq, terletakya masjid Umawi yg dulunya sebuah gereja. Di dalamnya terdapat maqam Nabi Yahya A.S. Pengunjung masjid bukan sahaja di kalangan umat Islam, ramai juga penganut agama lain yg berkunjung ke sini. Mungkin sebahagiannya Kristian. Di sebelah kiri luar masjid, terdapat maqam panglima perang yg terkenal Salahuddin Al-Ayyubi. Di luar suq sendiri mereka bina tugu Salahuddin menaiki kuda.
Satu perkara yg tak boleh dilupakan ketika di sini, Faris hilang seketika di kalangan orang ramai. Masa tu aku pergi ziarah maqam Nabi Yahya kat dalam masjid. Faris dengan kakak2nya duduk di kawasan lapang di luar tempat solat bersama2 kawan2 lain termasuklah Ramli & Suhaida, kak Sakinah (isteri Radzi). Bila aku keluar aku pergi kat tempat mereka duduk rehat2 tu....Faris tak kelihatan. Tanya kakak2nya, semua tak perasan Faris dah tak ade. Ya Allah, macam mana nak cari dia kat tengah2 orang ramai ni? Dah la Faris ni belum pandai cakap....habis2 dia nangis aje la. Aku masuk semula ke dalam ruang solat cari dia...tak jumpa. Keluar balik....ade pun budaknya. Husna ternampak dia berlari kat tengah2 ruang legar. Syukur betul bila nampak mereka ade. Dalam hati ni tadi cemas betul, Allah saja yang tau.
Di tepi2 masjid tu pun masih banyak deretan kedai, kami ronda kawasan tu untuk cari fridge magnet. Selesai membeli kami janji untuk jumpa di tempat parking. Untuk mengelak orang ramai di Suq kami keluar ikut jalan lain. Kami dapat lihat lubang2 kesan panah peperangan zaman silam di kubu yang memagari kawasan tu. kami juga lalu sebuah musolla yg di dalamnya terdapat maqam sahabat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Abu Darda.

Wednesday, October 20, 2010

Kembara Syria - Damsyik 1

Pintu masuk ke Syria
Sempadan Jordan-Syria

Selesai solat kami pun teruskan perjalanan menuju sempadan Jordan-Syria. Sepanjang perjalanan kami lalu beberapa buah universiti. Kami pergi ke rumah penginapan student (tour guide) untuk hantar mereka dan tukar pula sorang lagi student yg akan bawa kami ke Syria. Moin namanya...sebelum ni dia pernah belajar di Syria, kini meneruskan pengajian di Jordan. Jadi, dia lebih arif tentang negara Syria yg bakal kami tuju ni.
Kami tiba di sempadan lebih kurang jam 4.30 petang...setengah jam kemudian kami dah berada di pintu masuk. Sekali lagi penantian yg membosankan serta cabaran birokrasi yg terpaksa kami tempuhi. Sebelum tu...semua kenderaan nak masuk sempadan kena lalui jalan yg berair & disembur air di kiri & kanan, agak nak kasi bersih tayar nak lalu masuk negara tu kot. Bila kami langgar air tu secara drastik sbb nak cepat2 keluar...ade bunyi benda sangkut pulak dari bawah kereta. Berenti kejap tepi jalan tengok ape ke benda tu...rupa2nya penutup bawah kereta jatuh dari klip asal. Pasang jap....jalan depan sikit bunyi lagi. Sampai kat parking Imigresen, betulkan dan masukkan balik ke tempat asal. Mujur boleh...kalau tak makan duit lagi la kereta ni kat Syria ni pulak.
Perjalanan ke Damsyik dimulakan setelah lebih 3 jam berurusan. Jauh perjalanan ke Damsyik...malam tak nampak pemandangan kiri kanan jalan. Hampir jam 11 baru kami tiba di kota Damsyik, agak banyak juga kenderaan di atas jalan di waktu begini. Seterusnya mencari lokasi penginapan...bertemu dgn seorang lagi jurupandu di sana bernama Azam. Kami dibawa ke satu kawasan perumahan, punyalah sesak tempat tu & jalan pun sempit...nak parking payah. Bila dah parking...kaum bapa pergi lihat rumah yg mereka dah booking untuk kami tu. Tapi bila dah lihat rumah tu...terus cancel sbb tak menepati citarasa pada harga yg ditawarkan.
Perut dah lapar...jadi kami cari tempat makan dulu, lepas tu baru cari hotel lain. Mujur mereka berdua ni biasa, mereka bawa kami ke satu restoran nasi Arab. Memang sedap masakannya.Kami siap order lagi satu bungkus untuk makan esok pagi.
Lepas makan, kami cari hotel yg agak jauh dari Damsyik...dah pukul 1 pagi baru dapat check-in. Tapi masing2 dah letih, belum solat lagi....sbb tak nak rugi kami stay sampai jam 12 tengahari keesokan hari.

Monday, October 18, 2010

Kembara Jordan - siri 4


Malam tu...makan lewat lagi, hidangan kami ayam & kentang goreng. Tapi kalau dah lapar habis juga. Lepas makan aktiviti membasuh baju dimulakan. Apartment yg kami sewa tu besar, ade 2 bilik tidur, dapur lengkap dengan perkakas dapurnya. Memandangkan pihak hotel tidak menyediakan sarapan pagi...kami cuma makan extra meal malam tadi & masak mee segera.
Seawal jam 8 pagi aku & suamiku meninjau keaadaan di sekitar hotel kami. Lepas tu suamiku pergi mencari workshop. Jam 12 tengahari baru dia balik dan kami terus check-out. Perjalanan seterusnya ke tempat Ashabul kahfi.
Bila tiba di tempat tu, kami diarahkan supaya cepat2 ke gua kerana sekejap lagi akan ditutup untuk makan tengahari. Ade juga pelancung lain yg sama2 tiba dengan kami dan lainnya sudah mula beransur keluar. Bila semua sudah masuk ke gua, seoarang penjaga mula memberi taklimat kisah Ashabul Kahfi yg disebut dalam al-Quran, kedudukan kubur mereka dalam bahasa Arab. Lepas tu tour guide kami pun terjemahkannya ape yg telah diceritakan tadi.
hampir waktu untuk pintu gua ditutup...kami pun keluar dan mulakan sessi fotografi di sekitar tempat tersebut. Ade pulak pelancung dari Cina minta tolong ambilkan gambar dia di pintu gua....siap cakap Arab lagi, fasih pulak tu. Rupa2nya dia ni student di Universiti Madinah..
Masanya untuk bersolat zohor dan asar di masjid yg telah dibina di atas bukit berhampiran sebelum meneruskan perjalanan ke sempadan Jordan-Syria.

Saturday, October 16, 2010

Kembara Jordan - siri 3


Kami teruskan perjalanan menuju ke Amman keluar dari Petra menuju ke highway. Cantik juga pemandangan sepanjang jalan di waktu petang sehingga matahari tebenam...sambil mengimbau kisah Nabi Musa bersama Bani Israel melarikan diri dari Firaun. Mungkin bukit2 dan jalan2 inilah yg mereka pernah lalui beribu2 tahun dahulu.
Selepas buat cornering untuk masuk highway, tiba2 suamiku terasa stereng kereta berat semacam. Kami pun rasa kereta bergegar semacam aje...kami sangka mesti masalah lama timbul lagi, padahal baru aje baiki sebelum raya. Separuh perjalanan kereta Ramli mula berhenti di salah satu kedai hentian lebuhraya...jadi kami semua berhenti juga. Kat situ kami rasa kereta lain macam aje, bunyi macam motor bot. Saspen betul...kalau matikan enjin boleh hidup semula ke ni? Suami pergi buka bonet untuk lihat keadaan enjin. Minta pendapat kawan2 ape agaknya masalah dengan kereta ni. Dalam hati ni, minta2 boleh sampai Amman...kalau kereta buat hal malam2 kat tengah2 highway...masalah besar ni, dah la kat tempat orang.
Bila semua kereta dah mula bergerak.....baru suamiku teringat, mungkin masalah ni disebabkan tersalah isi minyak masa di Petra. Biasanya kami guna Ron91, tapi tadi terisi Ron90. Ingatkan kereta lama ni tak de masalah guna Ron90...lagipun 90 dan 91 dekat2 sama aje. Rupa2nya tak sesuai...
Tapi akhirnya...kami selamat juga tiba di Amman lebih kurang jam 11 malam tu. Syukur sangat tak meragam kat tengah2 jalan. Esok pagi, kena pergi cari workshop la jawabnya.

Ni lah kenderaan yg kami gunakan untuk kembara kali ni. Tak sangka juga rupanya kat Jordan ramai yg pakai jenama ni juga...yg seangkatan usianya pun masih banyak di jalanraya. Walaupun kereta ni era 90an...masih boleh bertahan.

Wednesday, October 13, 2010

Kembara Jordan - siri 2

3 Syawal...Jam 8 pagi baru pihak hotel siap buat breakfast. Menu Arab....Homus, telur rebus, roti pita, timun, tomato, keju, jem, tahina, air teh. Makan aje la ape yg terhidang depan mata...
Perjalanan diteruskan menuju ke Petra selama lebih kurang 3 jam. Kami tiba di Petra waktu zohor. Terus pergi beli tiket dan masuk ke dalam Petra. Sementara nak masuk Petra sempat la si Faris nak bendera Jordan, kerana tak layan permintaan dia...melalak la sepanjang jalan masuk ke Petra. Terpaksa abahnya dukung sampai ke bawah bukit...lepas tu jumpa lagi kedai cenderamata singgah juga beli bendera. Baru senyap dan mau berjalan.Jauh juga kena menapak atas jalan batu kerikil berselang seli dengan jalan berpasir. Sambil tu mengelak najis2 kuda,unta & keldai yg bertaburan dan menutup hidup mengelak habuk dan aroma yg kurang menyegarkan.Bila ternampak binaan dari celah2 batu...rasa lega & puas dah tiba tempat yg di tuju. Langkah dipercepatkan ke hadapan binaan... ape lagi terus beraksi depan kamera. Ingatkan sampai sini aje, rupa2nya ade banyak lagi binaan2 menanti jauh di depan sana. kami jalan lagi hingga ke satu lagi kedai cenderahati. Tapi terpaksa berhenti sebab Faris nampak souvenir yg bergantung2 di kedai tu. Ajak dia jalan lagi...dia tak mau berganjak langsung. Akhirnya kami anak beranak berhenti di situ saja.Bila dah lama sangat kat situ, kami putuskan untuk pulang saja. Anak2 pun dah keletihan. Separuh jalan Huda & Husna kami bagi peluang menunggang kuda hingga ke pintu masuk tadi. Husna paling excited naik kuda...best katanya.
Perut pun dah lapar...masa untuk cari makan. Kami makan nasi beriyani di salah satu restoran di tepi jalan. Kebetulan lepas makan, tiba waktu Asar...kami pun bersolat di masjid berhampiran secara bergilir memandangkan masjid tu tak ade tempat solat untuk muslimah.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Amman, singgah dulu ke Wadi Musa yg tak berapa jauh dari situ. Airnya sejuk & jernih. Anak2 ambil peluang merendamkan kaki sementara kaum bapa mengambil air untuk di bawa pulang.

Tuesday, October 12, 2010

Kembara Jordan - siri 1

Di Aqaba berlatar belakang pantai laut Merah yg membiru. Di seberang laut sana boleh nampak Paletin yg telah dirampas Zionis Israel.

Ni kisah pengembaraan kami ke bumi Jordan & Syria sempena cuti hari raya. Kami mulakan perjalanan pada Syawal ke 2. Kembara bersama 3R,1 K - keluarga Ramli, Reza, Radzi & family kami la yg K tu. Semua keluarga R berasal dari T'ganu & kami aje dari Selangor.

2 Syawal
Kembara bermula seawal jam 7.30 pagi. Perjalanan menuju ke sempadan KSA-Jordan meredah padang pasir, bukit batu & menyusuri pantai Laut Merah. Pemandangan yg berbeza2 boleh dilihat. Sepanjang lebih 750km, kami melaui antaranya Umluj, Al-Wajah, Duba, Bada. Berhenti di Duba untuk makan tengahari, kemudian perjalanan diteruskan hingga ke sempadan. Di sempadan kami bersolat jamak takhir kerana kami tiba ketika hampir waktu Asar.
Jam 4.30 petang kami mula bergerak melepasi Imigresen Saudi sehinggalah masuk ke Imegresen Jordan setengah jam kemudiannya. Di sinilah bermula penantian yg mencabar kesabaran kami.Nak masuk Jordan kaum bapa kena berusan lama, bermula dengan cek passport siap ambik gambar mata tiap sorang. Bonet pun kena cek. Pas tu kena ambik insuran kereta...kaunter satu aje mana tak lama. Akhirnya 7.30 malam baru selesai segala urusan.
kami pun bergerak ke Aqaba...indahnya pemandangan cahaya lampu sepnjang jalan. Esok paginya baru tau rupanya yg bercahaya tu negara Israel, tanah Palestine yg telah dirampas oleh kaum Yahudi. Destinasi kami di Aqaba ke Dream Mall untuk bertemu dgn student sana yg bakal mengiringi pengembaraan kali ini. Setelah bertemu mereka berdua membawa kami ke hotel Bedouin untuk penginapan malam tu. Kat Jordan rupanya harga hotel ikut kepala bukan ikut bilik...kesian keluarga Radzi yg besar kena bayar mahal, walhal bilik sama besar aje dgn kami semua.

Dah hampir 11 malam baru dapat masuk ke bilik. Masing2 dah kelaparan, kaum bapa keluar semula ke bandar Aqaba untuk beli makanan. Anak2 yg kelaparan dan keletihan semua tidur bila abahnya bawa balik ayam goreng Popeye. Bila kejut tak sedar pun...kamu berdua ajela yg makan malam tu.

Thursday, May 27, 2010

Sambut ulangtahun hari lahir

Dah besar Faris sekarang
Ni kek birthday beli kosong aje, mama tulis sendiri kat rumah
Ni buat kek untuk tetamu lelaki dinamakan Kek Coklat Salji
Walau dah besar...air liur masih meleleh. Ni sbb mama tak sempat makan Carrot Cake & Pizza

Hari kelahiran @ birthday @ yaum al-milad.Ramai yg sentiasa menantikannya setiap tahun. Bagus ingat tarikh bersejarah ni...di samping mengikatkan diri kita setiap kali bertambahnya umur bermakna semakin hampirnya kita kepada saat kematian. Lahirnya kita di dunia bermakna bermulalah countdown kepada mati. Itulah hakikatnya!

Baru2 ni suamiku berpeluang meraikannya bersama2 ibu, kakak & adiknya serta kami sekeluarga di Mekah. 2 bulan lepas Faris dah genap 3 tahun. Kami buat majlis ringkas jemput kawan2 & anak2 mereka. Kat sini begitulah cara nak bersosial & berjumpa kawan2 sbb kami memang tak bebas keluar rumah macam kat Malaysia.

Tapi setakat ni memang kalau buat birthday anak2, ada beli kek cuma tak pasang lilin. Dulu pernah Huda & Husna tanya kenapa tak pasang lilin. Aku terangkan kat mereka sebenarnya kalau tiup lilin atas kek nanti air liur kita keluar kena kat atas kek...nanti orang geli nak makan. Sebenarnya dlam Islam memang dah diajarkan makruh bagi kita meniup atau bernafas atas makanan atau minuman. Dari sudut kesihatan pun mungkin ada kuman dalam mulut kita akan tersebar kat atas makanan atau minuman tu. Lagipun bukan budaya kita nak tiup2 lilin atas kek. Akhirnya mereka faham kenapa kami tak bagi tiup lilin atas kek.

Lagi satu lilin tu kan api, bila tiup keluar asap pulak. Syaitan dibuat daripada api..jin pulak suka asap. Takut2 nanti makanan kita tu share dgn syaitan & jin pulak. Ni logik akal aje...tak tau betul ke tak. Tapi kalau cakap kat budak2 mesti dia tak mau tiup lilin dah.

Wednesday, May 26, 2010

Pasal sekolah


Kat Yanbu ni rakyat Malaysia tak ade banyk pilihan. Nak masukkan anak sekolah Arab dah tentu tak boleh sbb tak pandai cakap Arab. Sekolah Malaya tak ade, cuma ade 3 sekolah antarabangsa - Yanbu International School (YIS)- American ; Al-Tawheed International School (ATIS)- Philipines & Al-Isra International School - Indian.

Thn lepas bulan Julai selepas kami dah ada Iqama, Huda & Husna kami hantar ke ATIS. Saja nak beri mereka pendedahan tentang sekolah & English. Tapi nampak gayanya...nak hancus dailek English. Mujur la budak2 ni faham English. Kadang2 nak gelak tengok mereka berdua mengajuk cikgu mereka cakap. Kalau sebut bag/beg - jadi "bug", trash can jadi "trash kun". Lepas sebulan kami terus tak hantar dah, lagipun bulan Ogos mereka dah test nak masuk YIS, alhamdulillah sekali aje pass. Cuma lambat masuk sekolah sbb delay process Muslim approval.
Dari sudut facilities, environment & teachers rasanya YIS is the best among the 3 schools. Tapi ramai juga antara Malaysian parents hantar anak2 mereka ke ATIS dan Isra. Pastinya mereka ada alasan masing2 memilih untuk menhantar anak2 mereka ke sekolah tersebut.

Aku sendiri pun tak pernah study kat US, so tak ade idea sangat pasal teknik pembelajaran mereka. Setelah Huda & Husna belajar di YIS, baru kami dapat pendedahan tentangnya. Kalau nak compare dgn sekolah kat Malaysia...rasanya too exam oriented. Kalau ikut syllabus Amerika ni lebih banyak kepada membina skil/kebolehan kanak2.

Kesian kat murid2 sekolah di Msia, dari Darjah 1 kena pikul/galas beg berat setiap hari. Bebanan homework dgn subjek yg banyak. Lepas tu hujung bulan ade test. Bukan budak aje tension, mak bapak pun kadang2 tu tension jugak lebih2 lagi mereka2 yg high expectation - tension bila anak2 tak score. Tambah tension bila kawan2 start compare pencapaian anak2 mereka.
Itu semua tidak berlaku di YIS. Budak2 ni tak perlu bawa beg berat, sbb semua buku teks ada di dalam kelas. Kelas pun tak padat cuma dlm 14-20 orang aje. Subjek tak banyak, buku tulis pun tak perlu. Ade buku kerja aje. Dari Grade 1 dah train to take responsibility by rotation - jadi line leader, teacher helper, dsb. Macam Huda dah Grade 3, kena buat poster & presentation. Banyak juga homework dia melibatkan experiment dan result. Jadi perents memang kena assist anak2.

Kadang2 aku heran juga kat Malaysia kita belajar English dari Darjah 1, tapi ramai juga rakyat Malaysia tak faham English terutamanya di luar bandar. Tak tau mana silapnya kan. Adakah salah syllabus, cikgu tak pandai mengajar, atau terlalu exam oriented????

Kat YIS walaupun bukan semua gurunya dari Amerika atau English is mother tongue language; tapi approach untuk belajar bahasa tu rasanya lebih berkesan. Aku nak explain kat sini pun tak reti sbb aku ni bukan cikgu apalagi guru bahasa. Tapi nampaknya Huda lebih faham English sekarang kalau nak banding dulu. Maksud aku dari sudut pembelajaran...memang la kat sini kena berbahasa Inggeris tiap hari. Tapi itu satu advantage saja bukan priviledge.

Sunday, May 23, 2010

Umrah keluarga

Seperti yg dirancangkan...ahli keluargaku telah selamat melakukan ziarah & Umrah. Alhamdulillah....syukur atas redha & ketentuanNya dapat kami berjumpa dengan mereka di al-haramain, negeri yg aman ini.

Mereka seramai 7 orang - mak, adik bongsuku, mak mertua, adik & kakak iparku serta Acik Mat (adik arwah abahku) & isterinya Acik Bunah dari Felda Chini 3 telah memulakan perjalanan pada 5/5/2010 dari KLIA ke Jeddah menaiki pesawat MAS. Mereka ni mengikuti pakej Umrah KSB travel.
Kami menuju ke Madinah pagi Khamis (6/5/2010) dan seperti biasa untuk mengambil fahdilat Umrah dgn bersolat sunat di Masjid Quba. Selesai solat kami terus ke hotel penginapan mereka iaitu Jawharat Fayroz. Selama 2 hari kami bersama2 mereka bersolat di Masjid Nabawi & ziarah sekitar Madinah. Kami pulang semula ke Yanbu selepas makan malam sbb anak2 akan ke sekolah dan suami pun kena bekerja sepanjang minggu.

Selepas seminggu, kami ke Mekah pula untuk menyertai mereka. Asal perancangan nak bertolak petang Rabu. Kebetulan Yansab ada unplanned shutdown, jadi suamiku terpaksa bereskan kerja dulu sebelum bercuti. Menjelang Maghrib baru dia sampai kat rumah. Lepas tu dia kata dia letih, akhirnya kami putuskan untuk ke Mekah pada esoknya.

Pagi Khamis, kami bertolak jam 8 pagi & tiba di Miqat Al-Juhfah pada jam 9.30 pagi. Selama 45 minit kami di situ, kami teruskan perjalanan ke Mekah. Alhamdulillah kami tiba di Mekah setelah 2 jam perjalanan dari Juhfah. Terus saja kami ke hotel penginapan mereka Rawabi Al-Bustan (belakang Hilton). Petang tu lepas solat Asar, aku & suami sama2 menyempurnakan Umrah & bertahallul. Malam tu malam Jumaat, suamiku terus aje kembali ke dataran kaabah untuk menunggu solat Maghrib. Penantian yg tidak sia2, rezeki suamiku dapat solat di rukun Yamani dan melihat sheikh melumurkan minyak wangi di kelambu kaabah.
Aku pula terpaksa kembali ke bilik hotel untuk menjaga anak2 & beri peluang keluargaku solat fardhu di Masjidil Haram.

Selama seminggu bersama mereka, dapatlah kami semua merasa melakukan Umrah, solat berjemaah, ziarah, makan bersama2. Suatu pengalaman yg bermakna dalam hidup. Maklumlah kami ni sekarang ni merantau jauh...dan jarang2 sekali dapat menziarahi keluarga di kampung.

Agak terkilan juga bila kami tak dapat bertemu dan mengucapkan selamat jalan kepeda mereka di airport. Petang tu dah suasana agak kelam kabut lepas habis tawaf wada nak check out hotel. Kami terus ke Jeddah meniki kereta, dan mereka semua menaiki bas ke airport. Kami ke Balad Jeddah atas urusan tukar wang. Rupa2nya suamiku turut belikan Al-Baik untuk dimakan bersama2 di airport. Patutlah kami menunggu lama di restoran Indonesia. Tepat jam 7 baru kami keluar menuju ke airport. Jalan jam kat Jeddah..jadi kami terlewat tiba 45 minit kemudian. Tiba di airport...hampa tak nampat kelibat mereka. Bila jumpa Asyraf (menantu arwah Hj Nasron), dia kata mereka semua dah selamat sedia untuk berlepas. Dia menyampaikan salam dari mereka beserta bekalan makanan & air zam2 untuk kami. Namun itu merupakan suatu takdir dari Allah, dan kami redha dengan takdirNya.

Di situ, kami terus solat Maghrib & Isyak. Sementara menunggu aku & anak sulungku bersolat, suamiku bertemu dgn Ustaz Zul - mutawwif kami semasa buat Haji bersama Zahafiz Travel pd thn 1426H (2005/2006). Beliau sedang menunggu ketibaan jemaah MAS Holidays. Kami sepakat untuk pulang terus ke Yanbu malam tu juga. Sebelum memulakan perjalanan, kami makan bekalan mereka & Al-baik yg sedia dibeli tadi dalam kereka sambil anak2 lihat kapal terbang di udara.

Mudah2an kita akan bertemu lagi kesempatan lain. InsyaAllah.

Tuesday, March 30, 2010

Cabaran sepanjang jalan pulang


Hari terakhir kami di Abha, kami mulakan perjalanan ke Rijal Almaa. kami daki semula Sooda dan susuri jalan hingga ke lembah. Agak lama perjalanan kami...rupan2nya dah terlepas simpang. Terpaksalah kami berpatah balik...setelah beberapa kali bertanya akhirnya kami temui jalannya. Maka bermulalah perjalanan yg paling mencabar dlm hidup kami.

Menyusuri jalan2 yg sangat curam dan selekoh tajam sesungguhnya mencabar kecekapan suami2 yg memandu. Agak lama junga nak menyampaikan ke bawah sana tu. Kaki ni ikut tekan brek yg tak wujud. Huda pulak rasa pening & nak gugur jantung dibuatnya. Lagi 500 meter nak tiba di check-point tiba2 brek dah tak berfungsi. Terus kami berhenti di tepi jalan. Kereta Hj Dahisham pun sama mengalami masalah brek & berhenti di tempat yg sama. Bila dah berehenti tu...ada pula hidu bau hangit. Lepas lebih kurang 20 minit di situ, kami teruskan hingga selepas check-point. Di situ 3 keluarga sudah menunggu kami, sekali lagi kami berhenti rehat seketika. Kaum bapa berbincang seketika sambil minum teh panas. Hari Jumaat mana ada bengkel buka nak betulkan brek ni. Kalau adapun lepas asar baru buka.

Kami teruskan lagi perjalanan, alhamdulillah tiba2 brek dah ok pulak. Sahlah dah overheat masa turun bukit tadi. Dalam hati ni...kalau kena panjat jalan tadi memang tak sanggup la, biar jalan jauh pun tobat tak mau ikut jalan tu lagi dah. Dahlah kereta kami yg paling klasik, dibuatnya temperature naik masa mendaki nanti tak ke cari pasal namanya!

Jadi kami pun terus ke lokasi muzium. Mula2 jumpa mercu tanda ke muzium, lepas bertanya polis kami pun teruskan hala tuju. Kena menempuh terowong gelap tak berlampu siap ade selekoh lagi baru keluar dari terowong. Akhirnya jumpa juga muzium yg dicari2. Nasib kami baik kerana muzium dibuka pada hari tu. Kalau tak sia2 aje la ikut jalan2 yg berliku2 tadi tu.


Hampir jam 12 tengahari kami pun mulakan perjalanan pulang. Berhenti di satu perkampungan suami2 pergi menunaikan solat Jumaat dulu. Selesai solat kami teruskan perjalanan hingga di persimpangan Thee Ain Village. Mulanya nak beli makanan aje...lama2 nak cari toilet pulak, isi minyak lagi... bila dah azan asar kami pun solat di masjid berhampiran.

Selesai solat baru kami teruskan perjalanan dingga jumpa highway ke Jeddah. Satu lagi cabaran semasa di highway...menempuh ribut pasir sepanjang lebih dari 100km. banyak pulak lencongan di sana sini. Jadi tak boleh nak pandu laju jadi terasa bosan & meletihkan.

Jalan2 KSA di Abha

Esok pagi bila semua dah rasa segar dan bersarapan, kami pun mulakan perjalanan ke Sooda atau Al-Sawdah. Sekali lagi kami menyusuri bukit hingga ke puncak di mana terdapat Cable Car. Kami antara yg terawal tiba di tempat tu. So best la posing masa tak ade orang.

Bila semua dah sedia, kami pun mula menaiki gondola dimulai oleh keluarga Hj Fauzi. Agak gayat juga naik cable car ni menuruni lereng2 bukit yg curam. Teringat kembali naik cable car di Langkawi.

Tiba di bawah kami menunggu kalau2 ada teksi yg akan bawa kami ke sebuah muzium di Rijal Almaa. Agak lama kami di bawah tu, tapi tak ade kenderaan yg datang. Anak2 cuma bermain di playground. Kami ibu2 & bapa2 ni santai2 aje ambil gambar & minum2. Lepas sejam lebih kat bawah, kami putuskan untuk naik semula & teruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu pergunungan Habalah (Abalah) tak pasti nak eja macamana sbb tak ade signboard.

Separuh perjalanan kami patah balik ke bandar nak beli makanan untuk dimakan di atas sana nanti. Lepas beli makanan kami cari masjid borsolat zohor & asar. Kami tiba lebih kurang jam 2 petang. Kami meninjau2 pemandangan dari situ yg ala2 Grand Canyon gitu. Lepas tu kami pun bentang kapet masing2 & makan sama2 sekeluarga. Faris pulak tidur aje dlm kereta. Lepas makan semua orang menceroboh masuk kawasan berpagar untuk melihat kawasan lembah dari jarak dekat. Memandangkan Faris tidur, tinggallah aku jaga Faris kat dalam kereta. Kat seberang sana ada resort, theme park dan cable car. Di bawah lembah terdapat perkampungan.

Selepas asar kami mulakan perjalanan pulang ke hotel penginapan. Kami bertembung dgn orang2 Arab yg baru tiba untuk bersantai di kawasan tu. Sebelum ke hotel kami singgah di kawasan ala2 pasar malam untuk melihat barang2 jualan. Macam2 yg dijual baju, kapet, barangan keperluan harian, sayur, buah.

Sebelah malamnya pula kami ke Balad untuk mencari ole2 yg sesuai untuk dijadikan kenangan.

Dari Al-Baha ke Abha


Dari Thee Ain Village, kami daki semula jalan ke puncak Al-Baha. Perut dah lapar jadi kami singgah beli nasi & berhenti makan di hentian rehat tepi jalan.
Lepas makan teruskan perjalanan, tapi kena cari masjid sbb kaum ibu belum solat lagi. 2 masjid kami singgah tapi semuanya tutup. Sampai kami jumpa satu masjid besar, bersih & cantik...baru kami dapat solat.
Lepas solat perjalanan diteruskan lagi turun naik bukit hingga ke Abha. Rupanya ni jalan jauh ke Abha, tapi sepanjang perjalanan kami melalui perkampungan.Jadi tak jemu mata melihat pemandangan rumah2 dan kawasan penternakan & tanaman mereka. Jam sembilan malam baru kami tiba di Abha. Masa untuk mencari hotel pulak. Jalan ronda2 hingga tiba kami ke Al-Nuzha Resort. Jam sepuluh baru settle check-in. Anak2 masih segar & bermain di playground depan bilik kami. Faris dah keletihan dan tidur terus di bilik. Kaum bapa keluar semula untuk beli makanan untuk malam tu.

More photos on Taif

Berhenti di tempat jual buah di Al-Hada, semua kesejukan kecuali Faris yg tak mau pakai jaket
Pemandangan di hadapan penginapan kami di Al-Hada
Pemandangan bukit batu dalam semasa perjalanan di Taif
Lagi bukit2 batu sepanjang perjalanan
Salah satu daya tarikan di Taif
Taif ni ala2 Genting Highland la kalau kat Malaysia. Ada cable car & banyak theme parks. Tapi kami cuma bermalam & lalu aje tak sempat nak lama2. Mungkin ada kesempatan lain kami akan sekali lagi bercuti di sini.

More photos on Al-Baha

Semalam ada masalah nak loading gambar. Jadi hari ni cuba load lagi sekali buat tatapan semua.

Thee Ain Village

Salah satu mercu tanda di Al-Baha

Dari puncak di Al-Baha

Nun jauh di sana jalan yg telah kami susuri tadi

Pemandangan dari bawah